ROAD TOUR BENGKEL SPEAKING NATION PAK21 PERLIS 2019

18 Oktober 2019-  Smk Arau telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Road Tour Bengkel  Speaking Nation PAK21 PERLIS 2019.  Yayasan Pesona (YP), Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhasrat untuk  membantu memperkasakan sistem pembelajaran dan pendidikan dengan mempromosikan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).  Pengasas Yayasan Pesona yang juga artis terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi turut menjayakan program ini. Program yang dikenali sebagai Bengkel Speaking Nation itu ia menggabungkan beberapa elemen dalam kalangan pelajar.antaranya ialah elemen berkomunikasi dengan baik, kreatif, mampu membuat analisa, berfikir secara spontan, kerjasama dalam kumpulan dan beretika murni serta mampu mengekalkan kesopanan.

MAJLIS GRADUASI SEKOLAH ANGKAT TM

26 September 2019 – Majlis Graduasi Sekolah Angkat Telekom Malaysia Bhd (TM) telah berlangsung dengan meriah. Majlis Graduasi ini  menandakan berakhirnya tempoh tiga tahun SMK Arau menjadi sekolah angkat TM sejak Ogos 2016 di bawah fasa kelima Program Sekolah Angkat TM. Pengurus Besar Negeri TM Kedah dan Perlis, En. Anis Ahmad bin Mohd Ibrahim telah menyempurnakan majlis tersebut, beliau juga turut merasmikan Hub Robotik SMK Arau. Hadir sama ialah Ketua Tanggungjawab Korporat dan Pihak Berkepentingan Luar TM, En. Izad bin Ismail.

KAYUHAN AMAL BULAN KEMERDEKAAN 2019

13 September 2019 – Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah sempena hari kemerdekaan ke-62 Sekolah Menengah  Kebangsaan Arau,  anjuran Unit  Kokurikulum dengan     kerjasama PIBG SMK Arau, Unit Bimbingan dan   Kaunseling, Panitia Sejarah dan Sivik dan Kelab &    Persatuan, RIMUP dengan kerjasama  Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan  Arau. Matlamat utama penganjuran aktiviti   bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi    memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan pelajar dan guru SMK Arau serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan   rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Dalam kayuhan tersebut peserta turut menyampaikan Sumbangan Amal kepada Asnaf  di 3 kawasan  iaitu, DUN Guar Sanji, DUN Pauh dan RPA Arau. Pelepasan peserta kayuhan oleh YDP PIBG diirigi Pengetua dan Penolong Kanan.