MAJLIS PENYERAHAN WANG KWAPM TAHUN 2020

28 Ogos 2020 – SMK Arau telah mengadakan Majlis Penyerahan Wang (KWAPM).Majlis ini berlangsung  di Dewan Sharifah Farah Adriana yang bermula pada pukul 11.00 pagi. Majlis ini melibatkan  42 orang waris pelajar Tingkatan 1. Penyerahan wang tersebut bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa untuk persekolahan anak-anak. Selain itu,menyalurkan bantuan kerajaan kepada golongan yang memerlukan.

Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan / bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

     Bantuan KWAPM ini diserahkan oleh  Puan Azizah bt. Mustafa (Pengetua SMK Arau). Diharap bantuan ini dapat memberikan suntikan motivasi kepada pelajar untuk lebih berjaya dalam akademik dan sahsiah.

Kejohanan Olahraga SMK Arau kali ke 23

11 – 13 Februari 2020 – SMK Arau telah mengadakan Kejohanan Olahraga kali ke 23. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. Rumah Wira telah dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan juara bertahan selama 4 tahun berturut-turut Rumah Putra. Upacara perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khalid Bin Ahmad, YDP PIBG SMK Arau. Kejohanan Olahraga merupakan medan untuk pelajar menonjolkan kebolehan masing-masing dalam acara sukan. Semoga kejohanan ini berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan pelajar melalui kegiatan sukan bukan sahaja di kejohanan malah sepanjang tahun.

PROGRAM PENYERAHAN ‘ROTAN’ SIMBOLIK PELAKSANAAN PERATURAN SEKOLAH DAN CERAMAH IMPLIKASI JENAYAH JUVANA PELAJAR SMK ARAU TAHUN 2020

13 Januari 2020 – Satu program anjuran HEM telah di laksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan semangat para pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan di alam persekolahan.  Hal ini kerana tahap disiplin pelajar masih berada di paras sederhana. Proram ini telah dirasmikan oleh YDP Pengerusi PIBG SMK Arau TN HJ Mohd Khalid Bin Ahmad. Turut hadir dan menyampaikan ceramah adalah Tuan Akbar Nizam bin Abd Razak Pegawai Perhubungan Sekolah.

Pihak sekolah telah cuba memberikan sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik da sahsiah  namun seandainya pelajar itu sendiri tiada kesedaran dalam diri nescaya sukar untuk mencapai aspirasi bersama. Justeru itu, program ini difikirkan perlu sebagai satu usaha pemangkin untuk menggerakkan pelajar ke arah yang lebih positif.

Diharap program ini dapat membantu pelajar membuat anjakan paradigma dalam mencapai kejayaan di dalam peperiksaan pada tahun ini.Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar bagi merealisasikan objektifnya.  Semoga dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak khususnya dari guru-guru sekolah ini pelajar yang menyertai program ini dapat dijayakan dengan berkesan.