MAJLIS PERSARAAN PENGETUA -HAJJAH AZIZAH BT MUSTAFA

18 MAC 2020 – Majlis yang gilang gemilang telah diadakan bagi mengabadikan memori yang indah untuk dikenang oleh Tuan Pengetua Hajjah Azizah Binti Mustafa. Majlis diadakan mengikut SOP di Putra Regency Kangar. Segala jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat berehat dan menikmati waktu yang berharga selepas bersara bersama keluarga tercinta dalam keadaan aman dan diberkati Allah hendaknya sentiasa.

 

 

PROGRAM APRESIASI PATRIOTIK PENDIDIKAN KHAS

27 Ogos 2020 – Sempena menghayati bulan kemerdekaan, PPKI SMK Arau telah mengadakan satu aktiviti yang dinamakan Program Apresiasi Patriotik Pendidikan Khas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan keharmonian yang dinikmati pada hari ini dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Program ini dimulai dengan nyanyian lagu Patriotik seperti lagu Negaraku, lagu Tanggal 31 dan lagu tema kemerdekaan tahun 2020 iaitu lagu Malaysia Prihatin. Aktiviti seterusnya adalah melukis dan mewarnakan logo tema bulan kemerdekaan tahun ini menggunakan kain putih dan warna air yang dibekalkan. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada murid-murid berkeperluan khas.

ZIARAH CAKNA TINGKATAN 5 PKPP

24 Julai 2020-25 Julai 2020. Pihak sekolah yang telah diwakili oleh Puan Pengetua, GPK HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Arau btelah melakukan ziarah cakna. Program ini berfokus kepada murid tingkatan 5.

 Ziarah Cakna rumah murid bersama En Mohd Depi b Omar, GPK HEM SMK Arau.

Pihak sekolah juga ada menyampaikan hamper sumbangan Badan Kebajikan Sekolah, hasil sumbangan guru, sumbangan NGO HALUAN Perlis  dan warga SMK Arau.
Terima kasih juga kepada ibubapa/ penjaga murid yang menyambut baik kehadiran kami.