SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SMK ARAU

21 Ogos 2019 – Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah sempena hari kemerdekaan ke-62 Sekolah Menengah  Kebangsaan Arau anjuran Unit  Kokurikulum dengan     kerjasama PIBG SMK Arau, Unit Bimbingan dan            Kaunseling, Panitia Sejarah dan Sivik dan Kelab &      Persatuan, RIMUP dengan kerjasama  Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan  Arau telah berjalan dengan jayanya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada  semua warga sekolah serta memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan      pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Arau. Antara aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan adalah Kayuhan Amal Hari Merdeka, Pertandingan Kuiz Hari Kebangsaan, Pertandingan Melukis Dan Mewarna Logo Hari Kebangsaan, Pertandingan Menghias Kelas, Pertandingan Mereka Pakaian Sempena Kemerdekaan dan banyak lagi aktiviti menarik. Matlamat utama penganjuran aktiviti      bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi    memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan pelajar dan guru SMK Arau serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan          rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat    sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SMK Arau secara menyeluruh.

Bookmark the permalink.