Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ 2013 SMK Arau

Pada 28 Oktober 2013, SMK Arau telah mengadakan Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: “One Nation Reading Together”. Ia merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Antara objektif utama adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekolah-sekolah perlu mengadakan aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. Diakhir perlaksanaan, pihak sekolah akan menerima sumbangan sebanyak 50 buah buku.

 

Bookmark the permalink.