PROGRAM APRESIASI PATRIOTIK PENDIDIKAN KHAS

27 Ogos 2020 – Sempena menghayati bulan kemerdekaan, PPKI SMK Arau telah mengadakan satu aktiviti yang dinamakan Program Apresiasi Patriotik Pendidikan Khas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan keharmonian yang dinikmati pada hari ini dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Program ini dimulai dengan nyanyian lagu Patriotik seperti lagu Negaraku, lagu Tanggal 31 dan lagu tema kemerdekaan tahun 2020 iaitu lagu Malaysia Prihatin. Aktiviti seterusnya adalah melukis dan mewarnakan logo tema bulan kemerdekaan tahun ini menggunakan kain putih dan warna air yang dibekalkan. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada murid-murid berkeperluan khas.

Bookmark the permalink.