Pertandingan Digital Story Telling Animation (DST) Peringkat Kebangsaan 2013 .

Pada 24-25 November 2013, Pertandingan Digital Story Telling Animation (DST) peringkat kebangsaan telah berlangsung di MBO Cinemas, Citta Mall, , Petaling Jaya, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Arau  telah mencatat sejarah tersendiri apabila telah terpilih mewakili negeri Perlis setelah menjadi johan peringkat negeri Perlis. Pertandingan ini disertai oleh 3 orang pelajar iaitu Adik Nur Lyana Izzati bt. Zamzuri, Adik Aufa Nuha bt. Nordin  dan Adik Nur Syifa’a bt. Vhe Shukeri di samping guru pengiring iaitu Pn. Norashikin binti Hasan. Dalam pertandingan akhir tersebut, semua peserta dinilai berdasarkan “pitch and shout” dan diadili oleh juri-juri profesional yang telah dijemput khas bagi majlis tersebut. SMK Arau telah memenangi anugerah khas juri,  seterusnya dinobatkan sebagai “Best Original Story” dan telah membawa pulang trofi serta ipod shuffle

Bookmark the permalink.