PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMK ARAU

10 Ogos 2018 – Unit Kokurikulum telah menganjurkan perkhemahan tahunan selama 2 hari di perkarangan sekolah SMK Arau. Antara tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat, disiplin serta jati diri yang kental dalam kalangan pelajar. Selain daripada itu ia juga diharap  dapat melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang menyerlah di samping dapat memotivasikan pelajar ke arah kejayaan dan daya juang yang tinggi. Ia juga dapat menyemai semangat setia kawan, kerjasama dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang berwawasan serta dapat mengeratkan hubungan mesra antara guru dan pelajar.

Bookmark the permalink.