PENCAPAIAN FROG VLE TAHUN 2015

26 Februari 2016 – Tahniah buat SMK Arau kerana telah mendapat Anugerah Penggunaan VLE Frog Terbanyak Tahun 2015 oleh PKG Tambun Tulang semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Tambun Tulang kali 1 tahun 2016. Pn. Rosidah bt. Hashim GK Bahasa selaku wakil Pengetua SMK Arau, telah telah dijemput untuk menerima anugerah tersebut daripada Ketua  Penolong Pengarah BTPN Perlis; YBhg.Tn. Addnan bin Abd. Hamid. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada penggunaan VLE Frog yang lebih aktif dan menyeluruh kepada warga SMK Arau.

MAJLIS PELANCARAN SMK ARAU SEBAGAI HUB VLE FROGASIA

3 Februari 2016 – Majlis Pelancaran SMK Arau Sebagai Hub Vle Frogasia kawasan Arau, Perlis. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh En. Mohd. Kadri bin Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Perlis. Turut hadir sama, En. Ghazali bin Yusoff Ketua Unit Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Perlis. Selepas majlis pelancaran tersebut satu Kursus LADAP VLE telah dijalankan oleh wakil frogasia iaitu Pn. Azima bt. Azmi untuk ketua-ketua panitia mata pelajaran.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) SMK Arau

20 Januari 2016 – Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah dijalankan kepada semua guru SMK Arau. Pihak sekolah telah menjemput Jemaah Nazir Negeri Perlis untuk LADAP fasa 1 ini kursus  bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Peserta kursus telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Jabatan Teknik & Vokasional, Jabatan Sains & Matematik, Jabatan Bahada dan Kumpulan Pengurusan. Kursus ini berkaitan dengan PdP berkesan dari aspek SKPM standard 4.