SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN YANG BAKAL MENJELMA

Kami dari pihak SMK ARAU ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan awam iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) . Peperiksaan ini dijalankan adalah untuk membuat penilaian semasa mengenai prestasi para pelajar. Pihak SMK ARAU mendoakan yang terbaik untuk para calon peperiksaan PT3.

pt3

Pertandingan Robotik Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Perlis

30 Ogos 2016 – Pertandingan Robotik Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung di Dewan SMK Arau. Tema pada tahun ini ialah Rap The Scrap. Pengarah JPN Perlis Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail telah merasmikan program ini. Senarai sekolah yang telah bertanding ialah seperti berikut :

Kategori Sekolah Rendah
Kategori Sekolah Menengah
Sekolah Rendah Islam III
SK Padang Besar Utara
SRJKC Hwa Aik
SK Paya
SK Sena
SK Seri Perlis
SRJKC Khoon Aik
SM (Sains) Tuanku Syed Putra
SMK Derma
SMK Arau
SMK Dato’ Sheikh Ahmad
SMK Kuala Perlis
SMK Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah

Tahniah diucapkan kepada pasukan robotik SMK Arau kerana telah mendapat tempat ke-2 bagi kategori Regular Junior High(Pro) dan NRC Football.

Program Kayuhan Merdeka 2016

2 September 2016 – SMK Arau dengan kerjasama PIBG SMK Arau beserta komuniti setempat, telah melaksanakan program Kayuhan Merdeka 2016. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan menonjolkan bakat, menambah ilmu pengetahuan dan juga diharap dapat menjadi pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SMK Arau serta komuniti kampung sekitar SMK Arau. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Pengarah JPN Perlis Tn. Hj. Izmi bin Ismail. Aktiviti dimulakan jam 7.50 pagi di Tapak Perhimpunan sekolah, destinasi pertama Kayuhan Merdeka adalah Surau Kampung Bilal, diikuti Pusat Khidmat Kampung Paloh, seterusnya Pusat Khidmat Dun Pauh dan diakhiri di Dataran RPA Arau sebelum pulang ke SMK Arau.