JAYAWARIS TINGKATAN 3 DAN 5 2019

12 Februari 2019 – Majlis Jayawaris merupakan hari Penetapan Target yang dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid PT3 dan SPM khususnya untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing dengan meletakkan suatu target bagi setiap matapelajaran peperiksaan awam  yang akan diduduki pada tahun ini. Dalam erti kata lain, semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid berupaya merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang sama pihak sekolah secara tidak langsung dapat menentukan target setiap matapelajaran utama di sekolah. Justeru itu, melalui pemuafakatan diantara pihak sekolah, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid-murid  secara tidak langsung dapat memantapkan institusi kekeluargaan ke arah kecemerlangan dalam aspek akademik khasnya.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK ARAU 2019

11 Januari 2019- Kejohanan Merentas Desa SMK Arau telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Sukantara dan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti. Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar Tahniah kepada Rumah Wira yang telah menjadi juara bagi kejohanan ini.

JOHAN PEMBESTARIAN KEBANGSAAN 2018

16 Oktober – Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pengiktirafan dan penghargaan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada murid-murid, guru-guru dan sekolah-sekolah yang telah menjayakan inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee bin Malik. SMK Arau telah terpilih bagi hadiah utama sebagai Johan Pembestarian Sekolah Kategori sekolah Menengah bagi tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMK Arau.