SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK ARAU 2019

14 Jun 2019 – Majlis Sambutan Hari Raya SMK Arau telah berlangsung dengan begitu meriah dan penuh warna-warni. Majlis dimulakan jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Persiapan majlis telah bermula sehari awal di mana semua warga SMK Arau bergotong-royong menyediakan ketupat dan rendang daging. Memupuk silaturahim dan mengeratkan perpaduan adalah tema utama yang cuba diterapkan dalam program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri  ini.

Marhaban Ya Ramadhan SMK Arau

Ramadhan adalah bulan mulia yang menjadi penghulu segala bulan.Bulan ke sembilan dalam kiraan taqwim hijrah ini sangat dirindui oleh manusia yang beriman.Ramadhan bulan penuh kerahmatan dan keberkatan di mana Allah SWT menjanjikan pahala yang berlipat ganda untuk semua amalan kebaikan.Ditutup pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu syurga. Menyedari hakikat ini, Panitia Pendidikan Islam,Sekolah Menengah Kebangsaan Arau Perlis telah merangka beberapa program selaras dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak. Program Ihya’ Ramadhan  juga dimanfaatkan sebagai kesinambungan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) melalui Modul Al Mutadayyin. Semoga program yang akan dijalankan akan beroleh pahala seterusnya menyuburkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Antara aktiviti yang dirangka sepanjang bulan Ramadhan adalah, Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan, Peringkat Sekolah (SUMUR AL-MUTADAYYIN), Sekolah Menengah Kebangsaan Arau 2019, Ceramah Ihya’ Ramadhan (Nuzul Al-Quran) dan Persediaan Aidil Fitri, Tadarus Al Quran guru dan pelajar, Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Al Ma’thurat, Tazkirah Ramadhan, Kuiz atau teka silangkata sempena Ihya’ Ramadhan, Iftar Jamaie dan Solat Sunat Tarawih & Witir, Tabung Mahabbah Ramadhan, Risalah /Buletin Ramadhan, Majlis Khatam Al Quran, Penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan miskin dan Jualan Amal Semarak Aidilfitri. Kami seluruh warga SMK Arau mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1440H/2019M.

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK ARAU KALI KE-21 TAHUN 2019

20-21 Februari 2019 – Kejohanan Olahraga SMK Arau Kali Ke 21 telah berlangsung dengan meriah selama 2 hari di padang sekolah.  Kejohanan Olahraga sekolah bertujuan memberi mendedahkan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Arau dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Majlis Penutupan Kejohanan telah disempurnakan  oleh TUAN HJ. MOHD KHALID B. AHMAD YDP PIBG SMK Arau. Dalam kejohanan tersebut, Rumah Putra telah dinobatkan sebagai Juara. Tahniah.