Selamat Menduduki Peperiksaan PMR

Selamat menduduki peperiksaan penilaian menengah kepada calon-calon PMR SMK Arau. Semoga anda akan memperoleh ketenangan semasa menjawab soalan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang.

 

Titian Kasih Mega 2012

12 September 2012, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah bercemar duli menghadiri Program Titian Kasih Mega 2012. Turut hadir ialah YB Tuan Jafperi bin Othman, En. Dun bin Kasa, YDP Yayasan Tuanku Syed Putra, Ketua-Ketua Sektor dan Pegawai Ikhtisas JPN Perlis.

Objektif program tersebut adalah:

1. Mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan rakyat

2. Menanam rasa kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap raja

3. Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar

4. Mendedahkan para pelajar kepada isu-isu semasa

5. Mendedahkan para pelajar kepada fungsi agensi dan jabatan kerajaan.

Sempena majlis itu baginda turut berkenan merasmikan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dan Perlaksanaan Program Rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang satu-satunya ada di negeri Perlis.

2.JPG   DSC_7568.JPG  DSC_7593.JPG   DSC_7607.JPG    IMG_8100.JPG   DSC_7585.JPG