CREATIVE CONTENT CHALLENGE 2012

Tahniah SMK Arau. Pasukan SMK Arau telah berjaya mendapat saguhati dalam pertandingan Creative Content Challenge dalam satu majlis penyampaian hadiah yang  diadakan pada 1 Nov 2012 bertempat di Dewan Kuliah Pulai, IPG Kampus Perlis.
Pasukan yang menghasilkan video kreatif bertajuk ‘Pemanasan Global’, dari kiri : Farah Nur Izatty, Lee hui Xin, Piravena, Mohd Nasir dan Zahrin.  
Wakil pasukan SMK Arau, Piravena menerima sijil penghargaan. 

Kayuhan Gua Kerbau

Unit Kokurikulum bercadang untuk  menganjurkan satu lagi aktiviti luar iaitu Kayuhan Gua Kerbau sebelum Sesi Persekolahan 2012 berakhir. Peserta terbuka kepada semua pelajar SMK Arau Tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Syarat penyertaan ialah pelajar mesti mempunyai basikal sendiri yang lengkap dan sihat tubuh badan. Jumlah penyertaan adalah terhad. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian oleh Unit Kokurikulum dari semasa ke semasa.

Karnival 1M1S Smk Arau 2012

Tahniah kepada warga SMK Arau kerana telah berjaya melaksanakan Karnival 1M1S kali pertama dengan jayanya.

untuk gambar seterusnya sila lihat dalam galeri.