AKTIVITI 1M1S TELAH BERMULA

Aktiviti 1M1S telah bermula pada hari Khamis minggu ke-3 persekolahan. Maklumat lanjut mengenai 1M1S boleh di dapati pada menu KOKURIKULUM di web ini.

 

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014

 22 Jan 2014 ( Rabu ) – Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali Pertama  telah diadakan di dataran perhimpunan SMK Arau. Antara agenda perhimpunan tersebut adalah penyampaian hadiah kepada kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan permainan yang telah mencapai kejayaan pada bulan- bulan terakhir persekolahan  sesi 2013.

 

BENGKEL CHROMEBOOK DAN VLE FASA 1 TAHUN 2014

3 Jan 2014 – Perbengkelan penggunaan makmal mudah alih telah dilangsungkan di Makmal B SMK Arau. Tujuan perbengkelan ini adalah  untuk guru-guru mempertingkatkan lagi pengetahuan serta pengalaman tentang penggunaan peralatan ICT yang terkini. Bengkel ini diharap dapat membantu guru-guru membimbing murid-murid dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan serta pengendalian Chromebook.

Chromebook adalah satu komputer mudah alih yang digunakan khas untuk penggunaan berasaskan internet. Ianya adalah  peralatan komputer yang mempunyai Sistem Operasi Chrome. Dalam masa yang sama, chromebook beroperasi dan berfungsi menggunakan teknologi cloud. Oleh itu, chromebook merupakan peralatan yang akan digunakan untuk mengakses Internet dan Frog VLE.

Bengkel ini diadakan sebanyak 3 fasa iaitu pada 3/1/2014, 10/1/2014 dan 17/1/2014. Terima kasih diucapkan kepada semua  yang telah menjayakan perbengkelan tersebut.