PERJUMPAAN MINGGUAN KELAB KAUNSELING DAN BAHASA INGGERIS

Kelab Kaunseling dan Bahasa Inggeris telah mengadakan gotong-royong menyediakan maklumat di meja kantin dan menghias meja berkenaan. Objektifnya ialah untuk membolehkan para pelajar membaca maklumat berkenaan sambil menikmati makan.

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM SMK ARAU 2014

19 Februari 2014-  Dewan Besar, SMK. Arau, satu Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah berjaya dijalankan. Kursus sehari ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd. Bokeri bin Othman, Penolong Kanan HEM dan Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Puan Fauziah bt. Ab.Rahman, Penolong Kanan Kokurikulum.

Slot 1 bertajuk ” Jawatan Satu Amanah ” disampaikan oleh Puan Alimah bt. Bajuri, Kaunselor sekolah dan Slot 2 bertajuk “Tanggungjawab dan Tugas-Tugas AJK” telah disampaikan oleh Puan Chik bt. Chin, Guru Kanan Kemanusiaan. Kursus ini adalah kursus asas fasa 1 buat semua pengerusi, setiausaha dan bendahari setiap persatuan, kelab sukan, badan beruniform dan rumah sukan baru yang dilantik pada sesi 2014. Kursus seterusnya akan diadakan di luar kawasan sekolah dan lebih merupakan pemantapan diri dan praktikal dalam suasana perkhemahan.Program ini dicadangkan akan diadakan pada bulan April 2014 di suatu lokasi pilihan yang belum ditetapkan lagi.

MAJLIS RESEPSI PENTAULIAHAN BAPA ANGKAT POLIS

26 Jan 2014 – Majlis Resepsi Pentauliahan Bapa Angkat Polis SMK Arau telah berlangsung hasil kolaborasi IPD Arau dengan Jabatan Pendidikan Perlis. Kolaborasi ni bermatlamat untuk membantu mendidik dan membentuk karakter yang baik dengan menerapkan nilai serta peribadi yang mematuhi undang-undang dalam kalangan pelajar sekolah.