“Di mana Ada Kemahuan Di situ Ada Jalan“, Khairunisah binti Mohd Kamal,20, anak kepada pemandu lori, telah muncul sebagai pelajar terbaik antara yang terbaik. Anak sulung daripada dua beradik ini yang bersekolah di SMK Arau, turut menjadikan nasihat-nasihat daripada ibu bapa dan guru-guru sebagai pendorong utama dalam kejayaannya pada hari ini. Menurutnya, dia yang tinggal bersama dengan kedua ibu dan bapanya di Kampung Ulu Pauh terkesan melihat pengorbanan kedua orang tuanya membanting tulang membesarkan mereka adik beradik. Daripada 35 calon yang mengambil peperiksaan STPM tahun 2013, hanya beliau seorang sahaja yang memperolehi PNGK 4.0. Pelajar SMK Arau ini berkongsi rahsia kejayaan beliau iaitu fokus di dalam kelas dan selalu berdamping dengan guru-guru. Tidak mudah mengalah dan selalu belajar di tengah malam. Mengharapkan agar kejayaan beliau hari ini akan menjadi contoh kepada kepada adik beliau yang masih bersekolah.