KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 15 TAHUN DAN BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERLIS

Pada 21 hingga 25 April 2014, Kejohanan Bola Jaring Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Perlis telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis bermula pukul 3 petang. Sebanyak tiga puluh pasukan mengambil bahagian bagi Kategori Bawah 18 Tahun dan dua puluh tujuh pasukan bagi Kategori Bawah 15 Tahun.

Pada kejohanan ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Arau telah mengambil bahagian bagi kedua-dua kategori. Pasukan Bola Jaring Bawah 18 Tahun telah berjaya menduduki tempat ketujuh dan pasukan Bola Jaring Bawah 15 Tahun pula telah berjaya menggondol tempat ketiga.

Sekalung tahniah kepada pengurus pasukan, jurulatih, fisioterapi dan semua pemain atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang latihan dan kejohanan berlangsung. Semoga usaha dan kejayaan ini berterusan pada tahun hadapan.

.

LAWATAN MESRA KPPM KE SMK ARAU

3 Mei 2014 – SMK Arau telah menerima kunjungan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof. Pihak sekolah bebesar hati menerima kunjungan beliau dan ini merupakan kali ke-2 beliau ke SMK Arau. Beliau dan rombongan telah melihat secara langsung proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK ARAU

12 dan 13 April 2014 lalu, satu Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Arau telah diadakan bertempat di UiTM Arau. Kursus ini merupakan satu program khas yang telah dirancang untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas sebagai pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah dengan berkesan dan bertanggung jawab. Kecemerlangan sekolah dalam akademik dan kokurikulum berkait rapat dengan disiplin pelajar. Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber adalah amat berat dan memerlukan kewibawaan, ketrampilan, kesabaran, keberanian dan jati diri yang kukuh. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah berpendapat bahawa Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber yang telah dipilh perlu menyertai kursus terbut yang merangkumi persediaan serta latihan dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani. Kursus yang telah berlangsung selama 2 hari satu malam ini telah mendapat kerjasama daripada pihak UiTM Arau. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua pihak bagi menjayakan program ini.