SALAM KEMERDEKAAN KE-57

POSTER-MERDEKA

Warga SMK Arau mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 dengan tema “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Bertepatan dengan tema ini marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan ini. Janganlah kita leka dan alpa di atas kesenangan dan kemewahan yang ada sekarang kerana kelak ia akan membuatkan kita tenggelam di telan semua itu dan akhirnya negara kita tergadai.  Sama-samalah kita mendoakan kepada para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

SALAM AIDILFITRI 1435H

images

Seluruh Warga SMK Arau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Lebaran 1435H, maaf zahir dan batin kepada semua kenalan, rakan, sahabat dan semua pengunjung web ini. Semoga Hari Raya Aidilfitri ini akan memberikan keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua, InsyaAllah.

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN HARI KOPERASI SMK ARAU 2014

19 dan 20 Jun 2014 – Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Koperasi Smk Arau telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Objektif  Hari Anugerah Cemerlang diadakan  untuk memberi penghargaan  oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2014 Manakala Hari Koperasi pula dapat meningkatkan kesedaran dan mendidik pelajar dalam kemahiran mengurus sesuatu projek di peringkat sekolah dan menerapkan jati diri yang murni di samping memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Pada hari pertama sebelah petang, telah diadakan satu sesi ceramah motivasi melalui slot “Jom Kongsi Bersama DMFK” kepada ibu bapa oleh penceramah terkenal iaitu Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang telah di taja oleh Astro Oasis.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar  dan guru-guru yang menerima anugerah cemerlang. Terima kasih kepada ibu bapa yang turut berperanan bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Koperasi Smk Arau ini. Semoga warga sekolah dan ibu bapa akan terus aktif dalam memainkan peranan masing-masing demi kecemerlangan sekolah.