INFIRU MUSLIM SUPER 2019

15 – 17 Februari 2019 – Program Infiru Muslim Super ini merupakan kem ibadah SMK Arau yang dikendalikan sepenuhnya oleh Belia Masjid Perlis. Seramai 74 Peserta terpilih daripada kalangan pelajar tingkatan 1 menyertai program Infiru Muslim Super di SMK Arau. Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMK Arau. Seramai 15 Fasilitator yang merupakan ahli Belia Masjid Perlis  ditugaskan bagi membantu memudahkan perjalanan program. Infiru Muslim Super ini diadakan bertujuan memantapkan diri peserta dari segi akhlak dan sebagainya. Di akhir program, Presiden BMP dan Pengetua SMK Arau berharap agar pelajar-pelajar yang menyertai program ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari semasa program dijalankan.

JAYAWARIS TINGKATAN 3 DAN 5 2019

12 Februari 2019 – Majlis Jayawaris merupakan hari Penetapan Target yang dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid PT3 dan SPM khususnya untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing dengan meletakkan suatu target bagi setiap matapelajaran peperiksaan awam  yang akan diduduki pada tahun ini. Dalam erti kata lain, semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid berupaya merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang sama pihak sekolah secara tidak langsung dapat menentukan target setiap matapelajaran utama di sekolah. Justeru itu, melalui pemuafakatan diantara pihak sekolah, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid-murid  secara tidak langsung dapat memantapkan institusi kekeluargaan ke arah kecemerlangan dalam aspek akademik khasnya.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK ARAU 2019

11 Januari 2019- Kejohanan Merentas Desa SMK Arau telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Sukantara dan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti. Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar Tahniah kepada Rumah Wira yang telah menjadi juara bagi kejohanan ini.