KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK ARAU

15 Januari 2016-   Kejohanan Merentas Desa telah diadakan. Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dan pelajar Pendidikan Khas turut mengambil bahagian. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut rumah sukan Satria menjadi johan, Wira menyandang Naib Johan manakala Ketiga adalah Waja. Kepada rumah sukan lain diharapkan agar tidak berputus asa kerana masih ada lagi kejohanan sukatara yang akan diadakan pada 27 dan 28 Januari nanti.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

18 Jan 2016- Majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah telah diadakan di dewan SMK Arau. Tuan ASP Azmi bin Hamid, Pemangku Ketua Polis Daerah Arau telah dijemput bagi menyampaikan 94 watikah kepada pengawas sesi 2016.

PROGRAM IKLIM DINI DI SMK ARAU 2016

Bersempena dengan pelaksanaan Program Iklim Dini di SMK Arau 2016/ 1437H, Pantia Pendidikan Islam telah memulakannya dengan Bacaan Yasin dan terjemahan pada 8 Januari yang lalu. Bacaan Yasin / Bacaan Al -Quran dan terjemahan akan di adakan pada setiap hari Jumaat sepanjang tahun persekolahan. Selain dari itu Bacaan Doa Pagi oleh pelajar semasa perhimpunan pagi turut dilaksanakan.