KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KELAS

30 Januari 2016- Kursus kepimpinan dan Pengurusan Kelas telah diadakan pada hari Sabtu bertempat di Dewan Sekolah. Seramai 116 orang AJK bagi setiap kelas telah hadir. Jawatan ketua kelas, Penolong Ketua Kelas dan Setiausaha dan Bendahari memainkan peranan mereka dalam menggerakkan aktiviti di dalam kelas. Kursus bermula jam 8.00 pagi dan telah berakhir pada jam 5.00 petang.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2016

Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber 2016 telah diadakan di Kolej Pertanian , Bukit Tangga Kedah. Seramai 125 orang peserta mengikuti kursus ini dari 22 hingga 24 Januari 2016. Di akhir kursus ini diharap para pelajar dapat mengetahui bidang tugas mereka, sanggup dan mahu melaksanakan tugas yang diamanahkan serta memberi pendedahan tentang tatacara pengurusan di sekolah. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat pihak Kolej Pertanian Bukit Tangga yang banyak menyumbang dalam menjayakan kursus ini.

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK ARAU TAHUN 2016

Isnin 25 Januari 2016- Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan semasa perhimpunan rasmi oleh jawatankuasa Pusat Sumber SMK Arau. Penyampaian watikah pelantikan disempurnakan oleh Pengetua SMK Arau, Pn Hajjah Fitriah binti Che’ Pi@ Hanafi. Jawatan pengerusi disandang oleh Muhd Syahmi b Zaini, manakala naib pengerusi ialah Nur Syazwani bt Ahmad Fauzee.