Mesyuarat Agung PIBG, Penetapan Target, Penyerahan Bantuan Persekolahan 2020

20 Februari 2020 – SMK Arau telah mengadakan 3 majlis yang melibatkan ibu bapa dan waris pelajar iaitu Mesyuarat Agung PIBG, Majlis Penyerahan Wang Batuan Persekolahan dan Majlis Aku Janji/Penetapan Target PT3 dan SPM. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Ibu bapa perlu jelas dengan peranan mereka agar paduan antara ibu bapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan yang berjaya. Usaha berterusan perlu dijalankan bagi merapatkan hubungan di antara ibu bapa dan guru seperti mesyuarat, gotong-royong, sesi perjumpaan waris bersama guru kelas dan sebagainya. Ketiga-tiga majlis selesai dengan jayanya.