Marhaban Ya Ramadhan SMK Arau

Ramadhan adalah bulan mulia yang menjadi penghulu segala bulan.Bulan ke sembilan dalam kiraan taqwim hijrah ini sangat dirindui oleh manusia yang beriman.Ramadhan bulan penuh kerahmatan dan keberkatan di mana Allah SWT menjanjikan pahala yang berlipat ganda untuk semua amalan kebaikan.Ditutup pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu syurga. Menyedari hakikat ini, Panitia Pendidikan Islam,Sekolah Menengah Kebangsaan Arau Perlis telah merangka beberapa program selaras dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak. Program Ihya’ Ramadhan  juga dimanfaatkan sebagai kesinambungan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) melalui Modul Al Mutadayyin. Semoga program yang akan dijalankan akan beroleh pahala seterusnya menyuburkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Antara aktiviti yang dirangka sepanjang bulan Ramadhan adalah, Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan, Peringkat Sekolah (SUMUR AL-MUTADAYYIN), Sekolah Menengah Kebangsaan Arau 2019, Ceramah Ihya’ Ramadhan (Nuzul Al-Quran) dan Persediaan Aidil Fitri, Tadarus Al Quran guru dan pelajar, Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Al Ma’thurat, Tazkirah Ramadhan, Kuiz atau teka silangkata sempena Ihya’ Ramadhan, Iftar Jamaie dan Solat Sunat Tarawih & Witir, Tabung Mahabbah Ramadhan, Risalah /Buletin Ramadhan, Majlis Khatam Al Quran, Penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan miskin dan Jualan Amal Semarak Aidilfitri. Kami seluruh warga SMK Arau mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1440H/2019M.

Bookmark the permalink.