Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2020

24 Februari 2020- Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan semasa perhimpunan rasmi. Penyampaian watikah pelantikan disempurnakan oleh Pengetua SMK Arau, Pn Hajjah Azizah Binti Mustafa. Diharap dengan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber sekolah dapat memikul amanah yang diberikan seterusnya memberi khidmat yang cemerlang pada sekolah.