MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2019

18 Februari 2019 –  SMK Arau telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Perlis. Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semuasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usahapenguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalamkalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awalpersekolahan 2019 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Perlis, Tn. Hj. Izmi b. Hj. Ismail dan Asisten Komisioner (ACP) Md Zamri Mat Zanu,Timbalan Ketua Polis Perlis.

 

Bookmark the permalink.