Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2020

14 – 15 Februari 2020 – Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya. Kursus ini mendedahkan para peserta terhadap kepentingan aspek-aspek di atas ke arah melahirkan generasi pelajar berketrampilan sekali gus memahami kepentingan pemimpin dan kepemimpinan bagi mewujudkan kehidupan yang mampan dan sistematik sesuai dengan fitrah pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  Kursus ini juga merupakan latihan proaktif yang pertama untuk pengawas-pengawas sekolah agar terlatih dengan pelbagai kemahiran yang akan merangsang pembentukan jati diri pemimpin dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pemimpin yang hebat. Semoga semua Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber SMK Arau dapat menjadi ’role model’ kepada pelajar lain terutamanya dalam pencapaian akademik yang cemerlang dan juga disiplin yang mampan.