KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK ARAU 2018

14 Februari 2018 – SMK Arau telah mengadakan Kejohanan Balapan Dan Padang. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. Rumah Putra telah dinobatkan sebagai juara dengan merangkul 21 emas 16 perak dan 10 gangsa. Upacara perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh YB Jafperi bin Othman ADUN Guar Sanji manakala upacara  penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis merangkap YDP PIBG SMK Arau. Kejohanan Balapan dan Padang merupakan medan untuk pelajar menonjolkan kebolehan masing-masing dalam acara sukan. Dasar 1M1S diharap berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan pelajar melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.

 

 

Bookmark the permalink.