HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH KALI KE-27, HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANTIN SMK ARAU TAHUN 2019

25-26 Jun 2019 – SMK Arau telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kali ke-27, Hari Kokurikulum & Hari Kantin. Majlis  Anugerah Kecemerlangan merupakan agenda tahunan SMK Arau bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Hari Anugerah Kecemerlangan juga adalah medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat sejajar dengan program Sarana Sekolah. Hari Kokurikulum dan Hari Kantin pula merupakan salah satu acara yang diadakan bagi memantapkan minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung di dalam kelas. Aktiviti jualan dan pameran yang dianjurkan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka dalam kerja berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Izad bin Ismail, Ketua Tanggungjawab Korporat Dan Pengurusan Pihak Berkepentingan Luar Jenama Dan Komunikasi Kumpulan Telekom Malaysia. Tahniah kepada semua warga SMK Arau.

  Buku Program boleh dimuat turun di dini : http://anyflip.com/qkpw/jxul/

Bookmark the permalink.