BENGKEL DIGITAL STORY TELLING (DST) 2015

25 – 27 OGOS 2015 – Bengkel Digital Story Telling (DST) telah diadakan di Makmal Komputer, BTPN Negeri Perlis. Bengkel tersebut bertujuan mengasah bakat pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dalam membuat animasi dan video kreatif.

3 orang pelajar SMK Arau turut hadir dan mengambil bahagian iaitu Wan Zarul Imran b Wan Mohd Azlan, Aufa Nuha bt Nordin dan Nur Syifa’a bt Che Shukeri. Hasil animasi dan video yang terbaik akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan pada bulan September ini.

 

Bookmark the permalink.