BULAN PENGHAYATAN ISLAM DAN IKLIM DINI

Bulan Penghayatan Islam disambut pada bulan Februari setiap tahun. Bagi tahun 2014, ianya telah dirasmikan pelancarannya oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Azni bin Man, AMP pada 10 Februari 2014 yang lalu. Bersempena dengan Bulan Penghayatan Islam, Persatuan Pendidikan Islam menjalankan beberapa aktiviti. antaranya ialah Majlis Bacaan Yasin, Pertandingan Azan, Tahsin Bacaan Rukan Qauli Solat, Hafazan, Penghayatan Dhuha, Kuiz Menengah Rendah dan Atas,  Nasyid dan lain-lain lagi. Pertandingan Nasyid telah diadakan pada hari 26/2/2014 iaitu pada hari perjumpaan Persatuan Akademik dan Bukan Akademik. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari para pelajar. Beberapa aktiviti lagi telah dirancang dan akan dijalankan pada masa yang sesuai. Selain memberikan pendidikan bersifat kerohanian, program ini dilaksanakan bagi memilih para pelajar untuk menyertai Majlis Tadarruas Al Quran peringkat Zon Selatan.

Bookmark the permalink.