ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERLIS 2019

12 November 2019 – Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Perlis anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis (BTPN Perlis), Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan BTPN Perlis kepada murid-murid dan sekolah sekolah yang telah menjayakan program inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Program ini bertujuan membantu murid murid menghadapi era globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat dalam abad ke 21 yang mencabar disamping mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat melalui amalan pembelajaran secara akses kendiri dan terarah kendiri mengikut kadar pembelajaran sendiri. Anugerah ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen BTPN Perlis dalam membangun dan membina modal insan bertaraf dunia. SMK Arau telah berjaya menggondol 7 anugerah dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Perlis 2019 yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dr Suhaimi Bin Hj. Kadir Timbalan Pengarah, BSTP KPM. Anugerah tersebut adalah:

1. Anugerah Pemimpin TMK
2. Anugerah Pemacu ICT
3. Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Sek Menengah
4. Anugerah Makmal Komputer Cemerlang – Johan
5. Anugerah Laman Web Terbaik – Naib Johan
6. Pertandingan Digital Storrytelling – Tempat Ke-3
7. Pertandingan Video Pendek Cakna- Tempat Ke- 3

Tahniah…..semoga SMK Arau terus berjaya di masa akan datang.

 

Bookmark the permalink.