Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M 2016)

4 April 2016 – Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M 2016) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SMK Arau anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Pendidikan Seni. Antara akitiviti yang akan berjalan pada 4-6 April 2016 ialah Program Wakaf Buku, pertandingan mewarna kulit buku, melukis kulit buku, mencipta buku skrap, Kartun Oh Sem dan Spell It Right. Adalah diharapkan pada akhir program ini pelajar akan dapat memupuk minat membaca secara berterusan sepanjang hayat.

PENCAPAIAN FROG VLE TAHUN 2015

26 Februari 2016 – Tahniah buat SMK Arau kerana telah mendapat Anugerah Penggunaan VLE Frog Terbanyak Tahun 2015 oleh PKG Tambun Tulang semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Tambun Tulang kali 1 tahun 2016. Pn. Rosidah bt. Hashim GK Bahasa selaku wakil Pengetua SMK Arau, telah telah dijemput untuk menerima anugerah tersebut daripada Ketua  Penolong Pengarah BTPN Perlis; YBhg.Tn. Addnan bin Abd. Hamid. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada penggunaan VLE Frog yang lebih aktif dan menyeluruh kepada warga SMK Arau.

MAJLIS PELANCARAN SMK ARAU SEBAGAI HUB VLE FROGASIA

3 Februari 2016 – Majlis Pelancaran SMK Arau Sebagai Hub Vle Frogasia kawasan Arau, Perlis. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh En. Mohd. Kadri bin Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Perlis. Turut hadir sama, En. Ghazali bin Yusoff Ketua Unit Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Perlis. Selepas majlis pelancaran tersebut satu Kursus LADAP VLE telah dijalankan oleh wakil frogasia iaitu Pn. Azima bt. Azmi untuk ketua-ketua panitia mata pelajaran.