PERTANDINGAN X-PLORACE KARNIVAL PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR (K3P) PERINGKAT NEGERI PERLIS 2016

28 September 2016 – SMK Arau telah menghantar 5 orang pelajar untuk menyertai program x-plorace yang bertempat di Gua Kelam, Perlis. Karnival tersebut telah dianjurkan oleh Ministry of Tourism and Culture (MOTAC). Program tersebut telah disertai oleh beberapa buah sekolah menengah di negeri Perlis. Para peserta yang menyertai program telah didedahkan dengan banyak ilmu yang menarik mengenai tempat- tempat pelancongan, makanan negeri Perlis dan pembangunan di negeri Perlis.

 

 

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah kepada semua warga SMK ARAU dan seluruh muslimin dan muslimat. Semoga, tahun yang baharu ini kita diberkati oleh Allah SWT dan hijrah kepada yang lebih baik. Oleh itu, kami ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharraham 1438H.

maal-hijrah-1438h

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN YANG BAKAL MENJELMA

Kami dari pihak SMK ARAU ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan awam iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) . Peperiksaan ini dijalankan adalah untuk membuat penilaian semasa mengenai prestasi para pelajar. Pihak SMK ARAU mendoakan yang terbaik untuk para calon peperiksaan PT3.

pt3