SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SMK ARAU 2016

8 Oktober – Sambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat SMK Arau telah diadakan melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Sambutan ini telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Antara objektif sambutan ini adalah untuk :-

  1. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
  2. Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
  3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  4. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
  5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

 

KEM TEKNOLOGI HIJAU

28, 29 dan 30 September – SMK Arau telah menghantar 8 orang pelajar untuk menyertai Kem Teknolgi Hijau yang bertempat di Tasoh Lake Resort & Retreat, Perlis. Kem tersebut telah dianjurkan oleh Centre For Education, Training and Research in Renewal Energy (CETREE). Kem tersebut telah diserati oleh 98 pelajar sekolah menengah sekitar negeri Perlis. Para peserta yang menyertai program ini didedahkan dengan ilmu yang mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

Seramai 3 orang pelajar SMK ARAU bakal mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan di Sabah pada 8 – 11 November 2016.

MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT PERINGKAT SMK ARAU

29 September 2016 –  Bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diadakan untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STPM. Program tersebut menghimpunkan ibu bapa / waris pelajar, guru-guru dan calon-calon peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2016 untuk menunaikan solat berjemaah dan mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Antara objektif program ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan waris pelajar. Selain itu, program ini dapat memupuk sifat kasih sayang ibu bapa, para guru kepada anak-anak pelajar supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.