SUKANTARA SMK ARAU 2017

8 & 9 Februari 2017 – Kejohanan Sukantara SMK Arau merupakan antara agenda tahunan   sekolah ini. Kejohanan ini diadakan bagi mengasah bakat para pelajar dalam bidang kesukanan. Pihak sekolah telah mengatur beberapa permainan. Antara permainan tersebut ialah larian 100m, 400m, lompat jauh dan lontar peluru. Setiap peserta mewakili rumah sukan masing-masing. Jumlah mata dipungut melalui penyertaan, masa dan jarak yang ditetapkan. Kejohanan Sukantara ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Arau Pn. Hajah Fitriah Binti Che Pi @ Hanafi. Continue reading

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK ARAU 2016

21 Oktober 2016 – Smk Arau telah mengadakan Hari Anugerah Kokurikulum. Program ini diharap dapat menarik minat pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Para pelajar dapat mengisi masa lapang apabila bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum, pelajar juga dapat melatih diri menjadi pemimpin.

 

JAMUAN HI TEA PENGAWAS SEKOLAH 2016

15 Oktober 2016 – Badan Pengawas SMK Arau telah mengadakan Jamuan Hi Tea bertempat di Terinai Lakeview & Café. Jamuan Hi-Tea ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SMK Arau yang menjadi rutin tahunan. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan pengawas yang telah melaksanakan tugas sepanjang tahun 2016 terutama pengawas Tingkatan 5 yang akan meninggalkan sekolah pada penghujung tahun ini. Penganjuran Majlis Jamuan Akhir Tahun ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan menambah pengalaman yang dapat melatih pengawas-pengawas untuk mengendalikan sesuatu majlis rasmi. Program ini juga dilihat sebagai satu medium berkesan untuk mengukuhkan lagi ukhuwah di antara pengawas-pengawas melalui kerjasama untuk menjayakan program tersebut. Pengalaman seperti ini sememangnya penting untuk diaplikasikan oleh semua pelajar sebagai persediaan untuk menongkah arus globalisasi di masa hadapan.