MAJLIS REDHA ILMU CALON SPM

28 Oktober 2015- Majlis Redha Ilmu calon-calon  SPM SMK Arau telah diadakan dan merupakan program yang  diatur khas oleh pihak sekolah melibatkan para pelajar yang akan menduduki peperiksan SPM dan guru-guru tingkatan serta mata pelajaran. Program ini merupakan salah satu kaedah untuk menyedarkan pelajar betapa pentingnya menghormati guru di samping memohon keberkatan terhadap segala ilmu yang telah diajar dan disampaikan.

MESYUARAT DAN JAMUAN AKHIR TAHUN SMK ARAU

24 Oktober 2015 – SMK Arau  telah menganjurkan Mesyuarat dan Jamuan Akhir Tahun Sekolah bertempat di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Majlis ini telah dikendalikan oleh kelab guru dan kaki tangan sekolah (BKGS). Mesyuarat bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Selain bermesyuarat, majlis ini  juga bertujuan untuk meraikan kakitangan yang telah berpindah dari SMK Arau.

KARNIVAL PENDIDIKAN LUAR SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

18 hinnga 22 Ogos 2015, SMK Arau telah menghantar dua orang peserta perempuan iaitu Siti Zulaikha bt. Halim dan Nur Maisarah bt. M. Zulkifli ke Program Karnival Pendidikan Luar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2015 di Pusat Kokurikulum Sabah Kem Malangang Kiulu, Tuaran, Sabah.
Dalam pelbagai cabaran yang dipertandingkan, Siti Zulaikha telah muncul sebagai PESERTA TERBAIK ( KATEGORI PEREMPUAN ) dan NAIB JOHAN (INDIVIDU) AKTIVITI BERBASIKAL CROSS COUNRTY.
Sekalung Tahniah Buat Siti Zulaikha dan Nur Maisarah serta Jurulatih Utama Cikgu Aminahar bin Mohamed Rawi.