PROGRAM IKLIM DINI DI SMK ARAU 2016

Bersempena dengan pelaksanaan Program Iklim Dini di SMK Arau 2016/ 1437H, Pantia Pendidikan Islam telah memulakannya dengan Bacaan Yasin dan terjemahan pada 8 Januari yang lalu. Bacaan Yasin / Bacaan Al -Quran dan terjemahan akan di adakan pada setiap hari Jumaat sepanjang tahun persekolahan. Selain dari itu Bacaan Doa Pagi oleh pelajar semasa perhimpunan pagi turut dilaksanakan.

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1DAN 4 BAGI TAHUN 2016

4 – 8 Jan 2016. Orientasi Tingkatan 1 dan 4 yang telah diadakan bertempat di Dewan Besar bagi tingkatan 1 dan surau SMK Arau bagi tingkatan 4. Antara objektif program ini ialah mendedahkan pelajar dengan persekitaran baru dari aspek kurikulum dan kokurikulum sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik bagi melahirkan insan yang cemerlang. Bagi tingkatan 4 pula  adalah untuk membantu pelajar memahami kepentingan setiap mata pelajaran yang akan dipelajari dan peranannya dalam menentukan kerjaya.

JAMUAN MENGHARGAI KETUA DAN PENOLONG SETIAP TINGKATAN

29 Oktober 2015- Satu jamuan khas telah diadakan untuk Ketua dan Penolong Tingkatan.Jamuan ini telah diadakan di kantin SMK Arau. Jamuan ini bertujuan bagi meraikan ketua dan penolong tingkatan dari tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 5. Pelajar-pelajar tersebut telah memberikan kerjasama dalam membantu pengurusan kelas.