Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN

SMK Arau mula ditubuhkan pada 1 Disember 1990 dengan menumpang di bangunan SK Tengku Budriah, Arau pada sesi petang. Pada tahap awalpenubuhannya, SMK Arau mempunyai pelajar seramai 198 orang dan 12 orang guru. Setelah tiga tahun menumpang, SMK Arau telah berpindah ke bangunan barunya seperti yang ada sekarang pada 1 Disember 1994. Pengetua pertamanya ialah Pn Hjh Sharifah Sofiah binti Syed Ahmad yang dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1, En. Lamin bin Awang, Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Hanisah binti Jusoh dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Abu Hassan bin Jusoh. Pada tahun 1996, Pn Pengetua telah bertukar ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit dan tempatnya digantikan oleh En. Idris bin Buyong dari SMV Arau. Setelah beliau berpindah,tempatnya digantikan oleh Pn Temu Bt. Omar yang berkhidmat dari tahun 1998 hingga tahun 2001. Kemudian Pn. Temu bertukar ke Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad. Kemudian tempatnya digantikan oleh En. Azhar B. Ismail dari tahun 2001 hingga 2004. Setelah beliau bersara,tempatnya digantikan oleh Pn. Natrah Bt. Samat dari tahun 2005 hingga pertengahan tahun 2007 pada tahun yang sama kekosongan jawatan ini telah diisi oleh En. Halim B. Mansor hingga tahun 2011 dan kemudiannya telah diganti oleh Puan Hajjah Azizah binti Jafar hingga  Januari 2013. Setelah pertukaran Puan Hajjah Azizah binti Jafar ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, tempat beliau telah diisi oleh Tn. Hj. Azni b. Man sehingga sekarang.