Perutusan Pengetua


PERUTUSAN PENGETUA

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalaamualaikum warahmatullaahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah (SWT) kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan laman web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Arau ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa ICT kerana telah berjaya membina laman web rasmi untuk sekolah ini.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat melayari Laman Sekolah Menengah Kebangsaan Arau. Dengan adanya Laman Web ini, diharapkan dapat memberi maklumat serta infomasi berguna kepada yang melayarinya tentang visi dan misi serta segala aktiviti sekolah  yang telah , sedang dan akan dilaksanakan di sini.

Seterusnya saya ingin menyatakan bahawa ada empat pendekatan yang menjadi hala tuju SMK Arau, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan kokurikulum, Pembangunan sahsiah dan pembangunan EQ. Sehubungan dengan ini semua pihak termasuk warga pendidik, Staf, para pelajar serta PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Arau  berganding bahu didalam menjayakan hala tuju sekolah ini.

Sebelum mengakhiri kata-kata ini, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melayari Laman Web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.

Semoga tuan/ puan mendapat maklumat daripada paparan Laman Web ini.Akhir kata ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merialisasikan Laman Web ini. Semoga Allah (SWT) memberkati usaha murni ini. 

Terima Kasih.

 

Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Arau, Perlis.