TITIAN KASIH MEGA SMK ARAU 2018

7 Mac 2018 – Program Titian Kasih Mega telah diadakan di Dewan SMK Arau. DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis telah bercemar duli menghadiri program tersebut. Sempena majlis tersebut badinda turut berkenan merasmikan  “Art Therapy  Centre” dan Dewan Besar SMK Arau. Dewan Besar SMK Arau turut dijenamakan semula sebagai Dewan Sharifah Farah Adriana sempena mengambil nama puteri baginda. Baginda dan isteri turut bercemar duli melawat Hub Robotik SMK Arau dan mengadakan upacara menanam pokok bunga kertas.

Objektif program adalah:-

Mewujudkan hubungan mesra Raja dengan rakyat.

  • Menanam sifat setia rakyat kepada raja.
  • Memupuk semangat cinta akan Negara dalam kalangan pelajar.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu semasa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Tuan Jafperi bin Othman, Tuan Khalid bin Ahmad dan Timbalan Pengarah JPN Perlis En. Azman bin Ghazali.

Bookmark the permalink.