PROGRAM LATIHAN ASAS ROBOTIK

22 Januari 2018 –. SMK Arau telah mengorak langkah pertama sebagai “Hub Robotik Arau” dengan menganjurkan Program Latihan Asas Robotik bagi pelajar baru. Sebanyak tiga sekolah menyertainya  iaitu SMK Arau, SMK Mata Ayer dan SJKC Hua Aik dan melibatkan 39 orang peserta. Antara objektif program tersebut ialah membantu pelajar memahami konsep asas robotik dan mempelajari bahasa pengaturcaraan dengan lebih lebih baik. Dua orang jurulatih daripada Sasbadi dan Syarikat Creative Robotik  Alor Star iaitu Mr. Reniel Chuah dan Mr. Tan Weng Peng telah menjayakan program tersebut. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan negeri Perlis akan lebih berjaya dalam Pertandingan Robotik  Peringkat Kebangsaan.

Bookmark the permalink.