PENDAFTARAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN 2018

29 Disember 2017 – Pihak sekolah telah mengadakan sesi pendaftaran kepada semua pelajar SMK Arau bermula jam 8.00 pagi. Disamping itu perjumpaan dengan waris pelajar Tingkatan 1 turut diadakan bagi memberi beberapa maklumat berkaitan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar.Selamat datang juga kepada pelajar Tingkatan 1 ke alam sekolah menengah. Semoga sesi persekolahan 2018 ini memberi kita motivasi dan semangat untuk terus menuntut ilmu.Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak berjaya dengan cemerlang, baik dari sudut sahsiah mahupun akademik.

 

Bookmark the permalink.