KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK ARAU 2017

21 & 22 Januari 2017 –  Pihak sekolah telahpun menganjurkan kursus pengawas kepimpinan  pengawas yang bertempat di Homestay Ujong Bukit, Bintong. Kursus kepimpinan pengawas pada kali ini lebih menekankan aspek berdikari kerana pengawas dapat merasai tinggal bersama keluarga angkat di sekitar kampung tersebut. Dalam kursus tersebut, pengawas didedahkan dengan cara untuk meyakinkan diri apabila berhadapan dengan pelajar lain. Antara objektif kursus ini, para pengawas dapat memupuk sikap yakin diri untuk berkomunikasi dalam pelbagai keadaan dan tempat. Selain itu, mampu menangani situasi yang memerlukan tindakan positif mereka. Secara tuntasnya, pengawas dapat menjadi suri tauladan kepada pelajar lain untuk menjadi lebih baik dan berdisiplin.

Bookmark the permalink.