KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SMK ARAU 2017

12 Januari 2017 – SMK Arau telah mengadakan Kejohanan Merentas desa yang melibatkan semua pelajar dan pelajar pendidikan khas. Kejohanan Merentas desa ini merupakan acara tahunan sekolah. Sebagai salah satu cabang aktiviti kokurikulum yang wajib disertai oleh semua pelajar, aktiviti ini mendatangkan banyak implikasi positif kepada pelajar, sama ada secara implisit ataupun eksplisit. Perancangan yang rapi dan perlaksanaan yang teratur amat perlu untuk memastikan aktiviti ini mendatangkan kesan maksimum kepada pelajar dan menyumbang kearah pembentukan modal insan yang seimbang. Antara objektif perlaksanaan Kejohanan Merentas desa ini ialah dapat melahirkan bakat-bakat baru yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan Merentas Desa peringkat MSSPs. Selain itu, dapat memupuk jalinan kerja sama yang erat antara para guru dan pelajar. Seterusnya dapat membina dan memupuk nilai-nilai displin, kerjasama, daya saing dan daya juang dalam kalangan pelajar. Akhirnya, kita dapat melahirkan warga SMK Arau yang cergas dan bermotivasi.

 

Bookmark the permalink.