JAMUAN HI TEA PENGAWAS SEKOLAH 2016

15 Oktober 2016 – Badan Pengawas SMK Arau telah mengadakan Jamuan Hi Tea bertempat di Terinai Lakeview & Café. Jamuan Hi-Tea ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SMK Arau yang menjadi rutin tahunan. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan pengawas yang telah melaksanakan tugas sepanjang tahun 2016 terutama pengawas Tingkatan 5 yang akan meninggalkan sekolah pada penghujung tahun ini. Penganjuran Majlis Jamuan Akhir Tahun ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan menambah pengalaman yang dapat melatih pengawas-pengawas untuk mengendalikan sesuatu majlis rasmi. Program ini juga dilihat sebagai satu medium berkesan untuk mengukuhkan lagi ukhuwah di antara pengawas-pengawas melalui kerjasama untuk menjayakan program tersebut. Pengalaman seperti ini sememangnya penting untuk diaplikasikan oleh semua pelajar sebagai persediaan untuk menongkah arus globalisasi di masa hadapan.

Bookmark the permalink.